Kerjaya Ery Zukhairi

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon teater pada tahun 1993 – 2001, menjadi model dan pelakon iklan komersial pada 2008 sebelum disunting oleh MIG sebagai resident artist pada 2009. Dalam pada itu, beliau masih mempunyai kerjaya tetap sebagai seorang jurutera di beberapa Syarikat Industri Elektronik & Automotif di Lembah Kelang. Beliau mula menempa nama apabila terpilih melalui saringan ketat pengarah tersohor Azhari Zain untuk memegang watak utama didalam Filem Flat 3A terbitan MIG pada tahun 2011 dan meneruskan kerjaya dan minat beliau didalam bidang seni tanah air.

Beliau amat terkenal pada tahun 2010-2018 sebagai satu-satunya Pelakon Lelaki Malaysia yang paling kerap membintangi Iklan TV Komersial dan masih lagi aktif didalam lakonan komersial dan model hingga sekarang (2023). Pernah juga menjadi model tetap majalah AVON selama 3 tahun (2013-2015) dan Ambassador Thalassemia Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2015.Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam penulisan skrip dan penah menulis 2 skrip drama terbitan RTM iaitu Drama Melodi Cinta Sara 13 ep (2018) dan Drama Pelangi Cinta Abu Dhabi 26 ep (2019).

Yang terkini, beliau mula berjinak-jinak sebagai seorang Penerbit dan Pengarah film/drama semenjak 2022. Beliau pernah menerima Dana Film Pendek dari FINAS pada 2022 dan menerima pengiktirafan sebagai Short Film terbaik dari 10 dana yang diberi dengan menjadi penulis, pengarah dan sekaligus penerbit bagi Filem Pendek KASIH TAK TERLIHAT. Beliau kini didalam proses menerbit dan mengarah 1 filem aksi komedi yang bakal ditayangkan pada 2024 nanti.


Rujukan

WikiPedia: Ery Zukhairi https://www.imdb.com/name/nm4459871/ https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/p... https://www.youtube.com/watch?v=xnUSBk8Q9Ac https://www.imdb.com/title/tt2127358/?ref_=nm_knf_... https://anizyn.blogspot.com/2010/08/sinopsis-drama... https://www.youtube.com/watch?v=ByLIc5tA2A8 https://www.youtube.com/watch?v=1GwxBO2vHLI https://www.budiey.com/drama-psikik-temukan-miera-... https://www.budiey.com/drama-bersiri-cinta-pandang... https://www.youtube.com/watch?v=_g-NvUImbyI